Saturday, January 15, 2011

Cerita Habibun Najar

Assalamualaikum...

Kebanyakan kita sering kali membaca surah Yaasin terutamanya setiap malam jumaat, bila orang meninggal dunia, orang sakit...Cuba kita lihat tafsir surah Yaasin. ayat 13 hingga 29 Allah SWT telah memberi satu contoh. Cerita ini berlaku di zaman Nabi Isa. Ada sebuah kampung namanya Antoqis. Penduduk kampung ini tak mahu turut agama tauhid yang dibawa oleh Nabi Isa. Mereka menyembah berhala, berzina, minum arak, berjudi.

Oleh kerana Nabi Isa mempunyai urusan lain, Allah mengutus dua orang rasul untuk berdakwah di kampung itu. Penduduk Antoqis tidak percaya kepada rasul-rasul itu. Allah mengutus seorang lagi, jadi tiga. seorang bernama Sodiq, Masduq dan Syam'u. Ketiga-tiga mereka telah dibekalkan oleh Nabi Isa dengan ilmu-boleh menyembuhkan orang sakit, dan menghidupkan orang yang baru mati. Ini merupakan mu'jizat daripaa Allah.

Kebetulan sewaktu tiga orang rasul ini ke kampung Antoqis, hujan tak turun. Apa yang peduduk tempatan kata?? Mereka kata "kerana rasul-rasul inilah hujan tak turun. Mereka ini bawa nahas , tanda tak baik". Mereka juga mengancam tiga orang rasul ini. Mereka kata "kami akan rejam kamu. Kalau kamu tak berhenti kami akan rejam kamu, seksa kamu , bunuh kamu".

Ada seorang hamba Allah, mujahidin, Habibun Najar namanya, seorang tukang kayu, gajinya 3 dirham je.., ada penyakit kusta, tangan kudung, miskin, tinggal di kampung, di luar kota. Apabila dia dengar kisah tiga rasul ini, dia sedih, dia kata "aku mesti tolong mereka".

Dia mujahid, kerana Allah, kerana aqidah dan kebenaran. Habibun Najar juga seorang yang pemurah. Gaji hanya 3 dirham, tapi dia sedekah 2 dirham dan tinggal satu dirham saja untuk dia.

Suatu hari, dia datang dari hujung kota dan berdiri di depan orang ramai, dan kata: La ilaha illahah. Itulah Habibun Najar, lawan satu kampung tanpa rasa takut. Dan disebabkan tanpa perikemanusian, orang kampung Antoqis ini bunuh Habibun Najar.

Dan bunuh pula dengan cara yang zalim. Ada yang ambil kayu tusuk di mulut dia, punggung dia, telinga dia. Dan ahli tafsir kata apa??? Perut dia terbit ikut telinga, dan terbit ikut mulut. Tapi Allah cepat-cepat rahmatkan Habibun Najar, cabut nyawa dia, dan terus ke syurga. Yang diseksa hanya tubuh, bukan nyawa...

Apa yang berlaku kepada kaumnya, kampung Antoqiah? Allah berfirman :

Tidak ada seksaan atas mereka melainkan satu teriakan sahaja; maka tiba-tiba mereka semuanya mati.(ayat 29)

Itulah balasan bagi kaum yang zalim dan menutup hati mereka daripada menerima kebenaran. Na'uzubillahiminzalik.....











 

No comments:

Post a Comment